Perkahwinan merancakkan dakwah….Sure ke?

[Disclaimer: Entry ini ditulis atas persetujuan bersama kami suami isteri]

Sejak zaman bujang di universiti lagi aku dah dinasihatkan oleh abang akak usrah yang perkahwinan ni merancakkan dakwah melalui konsep 7 maratib amal macam dalam gambar di bawah ni. Kita bina diri sendiri sebagai individu muslim, kemudian kita bina keluarga kita sebagai keluarga muslim, beralih kepada masyarakat, kerajaan, negara, empayar muslim dan seterusnya Islam sebagai rujukan seluruh alam.

Muslim di sini bermaksud, mengamalkan cara hidup seorang muslim. dan framework nya adalah 10 Muwasafat Tarbiyah seperti dalam gambar.
sumber jalanjuang [dot] com
Suami aku pula bukanlah dari kalangan brothers yang mengikuti program usrah, jadi aku mengajak beliau untuk bersama-sama dengan aku menyertai program usrah dan tarbiyyah. Alhamdulillah beliau bersetuju dan hingga sekarang, kami masih lagi bersama dalam jema’ah.
Bunyi klise kan?
Ya, memang klise sebab aku tak cerita lagi hakikat sebenar komitmen kami dalam dakwah dan tarbiyyah sejak kami berumah tangga.
Sebelum balik Malaysia for good (aku belajar di luar negara, in the down under to be exact, jurusan Perakaunan, bukanlah jurusan Islamic Studies dan yang sewaktu dengannya) aku dah berazam untuk jadikan perkahwinan aku nanti sebagai medium untuk menyuburkan lagi tarbiyyah di bumi Malaysia.
Aku berazam untuk jadi dalam kalangan Masyarakat Muslim seperti dalam gambar rajah maratib amal di atas.
Aku berazam untuk jadi penggerak dakwah, penyambung rantai dakwah.
Aku berazam untuk bentuk (bakal) anak-anak aku sebagai pelopor dakwah di kawasan baru dan penyambung rantai dakwah di kawasan yang telah subur dakwahnya.
Besar cita-cita Mak, nok!
Tapi nak tahu apa hakikatnya?
Bila kami berkahwin pada tahun 2013, aku mengandung dan bermulalah drama morning sickness aku, maka ke lautlah segala azam dakwah aku.
Maka ke lautlah komitmen aku pada dakwah dan tarbiyyah.
Kalau sebelum ni aku dah berazam untuk bimbing suami aku dalam memberi komitmen pada dakwah dan tarbiyyah (sebab dia baru join kan. so he needed guidance), maka ke lautlah semua azam aku tu. In fact, dia pulak yang nasihatkan aku “bila nak start pergi usrah balik?”
****
Point aku di sini adalah, bila kita dah berumah tangga, kehidupan kita akan jadi lebih mencabar sebab kita ada dua kepala (kepala sendiri dan kepala spouse) untuk diuruskan.
Kalau dulu kita boleh keluar rumah sesuka hati (untuk yang duduk jauh dari parents), tapi bila dah kahwin kita perlukan persetujuan suami isteri. Dan bila dah ada anak, lagilah payah.
Siapa nak jaga anak masa isteri ada program?
Siapa nak jaga anak masa suami ada program?
Kalau dua-dua ada program, sapa nak bawak anak pergi ikut program?
“Asyik I je yang bawak anak pergi program. Bila you pulak nak bawak anak-anak?” 
Familiar tak ayat ni? Pretty common among married couples kan? But people keep it to themselves.
In fact, betullah kata UAO, “kona lipat pertama dalam dakwah ni, ialah perkahwinan”
dan betul juga kata beliau, “Gua tak caya sama lu. Kalau lu dah kahwin, dah ada anak-anak dan masa tu lu pergi juga program, baru gua caya sama lu”
Memang betul. Susah nak pergi program sambil bawak anak-anak kecil.
Susu, lampin, kencing, berak, muntah. alih2 beg kita penuh dengan barang anak je. Buku nota and Qur’an entah ke mana. Pen? Takyah cakaplah.
Dah sampai lokasi program pulak, bukannya boleh fokus dengar pengisian pun sebab duk sibuk menguruskan anak-anak, to the extent that aku terfikir “tak payah pergi dahlah program-program ni. Bukannya dengar pun penceramah cakap apa. No point pun bagi komitmen lagi”
Tapi after a while aku teringat akhawat pesan, “apa-apa pun, jangan putus contact dengan akhawat”
“pergi jugak program sebab sekurang-kurangnya kita dapat keberkatan majlis ilmu”
Okaylah fine, Aku memang pergi program sebab aku pegang 2 kata-kata ni je. Walhal dalam hati ni takdelah rela sangat nak pergi program. Tapi sebab dalam hati aku ada urge yang kuat mengatakan, teruskan bagi komitmen pada dakwah dan tarbiyyah. Tak kisahlah sikit ke, sekejap je join program ke, jadi peserta je ke. Tak kisah. It’s the effort that Allah counts.
*****

Pendapat utama aku adalah:

1. Rancak atau tidak dakwah kita selepas kita kahwin, bergantung kepada diri kita sendiri. bukan pasangan kita, bukan labuh mana tudung kita. bukan panjang mana janggut suami kita. Kita sendiri yang perlu meletakkan usaha untuk merancakkan komitmen kita dalam dakwah selepas berumah tangga nanti.
2. Jangan harapkan pasangan kita untuk merancakkan komitmen kita dalam dakwah. Sebaliknya, kita sendirilah yang perlu berusaha. Jangan tunggu dia tarik kita, sebaliknya kitalah yang tarik tangan dia.
3. Kalau korang yang membaca ni adalah seorang yang bakal mendirikan rumah tangga, nasihat aku adalah, bincang elok-elok dengan pasangan korang,
“saya nak teruskan usrah lepas kahwin nanti. saya akan balik rumah 12am dua kali seminggu. can you accept that?”
“saya nak pergi program bermalam sebulan sekali. can you accept that?”
Jangan sekadar kata “saya nak teruskan berdakwah” tapi cerita in detail “Saya bawak 2 usrah, jadi setiap malam saya akan ada usrah dan meeting. Saya biasa sampai rumah pukul 11pm paling awal”. Dengan cara ini, pasangan korang akan lebih dapat bayangan macam mana kesibukan korang nanti dan bincanglah elok-elok apa plan korang selepas kahwin nanti.

4. Kalau korang yang tengah membaca ni adalah ibu/ayah kepada anak-anak kecil and tengah confuse jugak tentang perjalanan dakwah korang, I’d say hang in there guys. Aku pun sama macam korang, dengan anak kecil dan besar. Aku pun tengah confuse jugak ni. But I think, takpelah kita buat je kerja kita dalam dakwah and tarbiyyah ni. Put effort. And leave the rest to Allah.
Aku selalu perhatikan Makcik and Pakcik dalam program. Anak-anak diorang dah besar panjang. And anak-anak dioranglah yang terus menyambung legasi dakwah di bumi ni. Kita jadikan Makcik Pakcik ni sebagai inspirasi kita lah, okay guys?
*****
Aku terasa nak meluahkan perasaan ni, sebab 1 Mac haritu adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. Thank you En. Suami sebab banyak bersabar dengan aku. Thank you sebab banyak tolerate dengan confusions aku.
Thank you naqib kepada suami aku, sebab banyak bersabar dengan dia. Maafkan aku akhi, kalau ada time yang suami aku tak dapat pergi usrah/program sebab aku tak dapat handle rumah dan anak-anak dengan sebaiknya. Aku banyak “halang” suami aku pergi program sebab aku tak mampu nak handle rumah sendirian.
Thank you naqibah aku sebab banyaaaak besabar dengan aku. Dah banyak aku curahan hati dengan dia dalam usrah. Thank you akak.
Thank you JK PEKA sebab prihatin dengan kesihatan rumah tangga ahli jemaah. Thank you sebab banyak anjurkan program rumah tangga dan parenting untuk kami. 
Thank you Pak Utih, sebab banyak sedarkan saya tentang cara berkomunikasi dengan opposite gender melalui program-program Pak Utih. Sekarang saya selalu cakap “Nasib baiklah dah pergi program Pak Utih” Kalau tak, mesti terus tenggelam dalam kemarahan sendiri sebab poor communication dengan spouse (opposite gender) 
Kalau dulu aku selalu bengang dengan suami aku sebab masalah komunikasi, but on the 5th year of our marriage nilah baru aku mula jatuh cinta dengan dia and I now can’t help falling in love with him again and again. 
Ikhwah wa akhawat, 
Memang kita juggling nak balance kan rumah tangga, kerja dan DnT. Tapi ana nak ajak antum untuk cuba cari bantuan dan dapatkan khidmat nasihat daripada syuyukh kita. Mereka dah sediakan Jawatan Kuasa Pemantapan Keluarga Ahli untuk kita kerana mereka concern dengan ahli. Ce google, or cari dekat facebook. Dan yang paling penting, hadirilah program-program yang mereka anjurkan. 
Kita tengah sama-sama bermujahadah ikhwah wa akhawat. Ana sama je macam antum. 
Love,
Ibu muda anak tiga yang tengah berusaha. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *